Telah berpesan Nabi Muhammad S.A.W :
"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan:
“Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah :
1. Orang yang berakal :
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya :
Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh :
Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia :
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya :
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Kreadit to
~mAy AllAh bLess!Ng uS~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)