بسم الله الرحمان الرحيم
Melangkah ke dunia IPT siapa yang tidak gembirakan
tapi setelah berada di sini terasa semuanya begitu perit dan
hanya bertahan semata-mata kerana ingin memiliki segulung ijazah
Kenapa ? Terasa semuanya aneh
Dan saat ini aku merenung kembali saat itu
Ya, saat di mana aku memilih Kolej Universiti Islam Melaka
sebagai wadah menuntut segulung ijazah buat bonda tercinta
MEI 2013
Ibu : Aiman betul nak pergi Melaka ni ?
Aku : Ya ibu. Kenapa ?
Ibu : Tak rasa terlalu jauh ke ? Boleh ke nk survive jauh2 ?
Aku : In Shaa Allah boleh ibu. Aiman nak pergi sana timba ilmu,
cari pengalaman di tempat orang.
Ibu : Okay ibu ikutkan saje kehendak aiman
JUN 2013 - 1 JAN 2014
Apa yang aku rasai sekarang ialah tak suka. Cuak. Sakit. Perit. Bosan.
Ada sahaja tak kena. Mood mudah berubah. Gembira. Sunyi. Sendiri.
Apakah ini Ya Allah ?
Aku tak minta semua ni berlaku tapi kenapa ?
AKAL YANG MASIH BERFUNGSI
menjawab dengan IMAN yang masih tersemat
Ummu Aiman, masihkah kau ingat saat perbualan kau dengan ibu,
semua tu pilihan yang engkau pilih. Jangan pernah salahkan sesiapa dalam
setiap keputusan yang kau sendiri telah ambil. Apa jua yang kau
rasa saat ni UJIAN dari الله dan kau harus mentarbiyyah diri sendiri.
Mana perginya ilmu yang pernah kau dapat di SMAKL dulu ?
Ingat la sayang, dulu adalah saat kau berada di lubuk emas tarbiyyah
di bumi wakafan SMAKL. Ini semua tak ada.
Kau hanya dihidangkan saja dengan ilmu. Bila
lagi nak aplikasi ? Apa matlamat kau datang sini ? Jelaskan balik !!
Kata nak cari pengalaman di negeri orang. Walaupun agak asing
tapi ini pilihan kau untuk menimba ilmu.
Aku
Ya , semua ni aku yang pilih. Allah bagi akal untuk memandu setiap pilihan
yang aku ambil. Tiada paksaan. Dan ingatlah saat aku sendiri berjanji nak cuba
berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya dengan syarat aku tak mahu
dikenali oleh sesiapa. Jatuh bangun aku dan permulaannya adalah sendiri.
Hati, kuatlah sayang ! Betah di sini sehingga Sem 7.
Segala yang ada disekeliling ujian buatmu. Kuatlah sayang. Aku pohon.
#KuatkanTarbiyyahDzatiyyahmuSayang
demi ibu !
Bahagiakan DIA
Banggakan DIA
Balas jasa DIA
UNTUK DIA !
~mAy AllAh bLess!Ng uS~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)