Bismillahirrahmanirrahim
Innalillahi wainna ilaihiraajiuun
Ya Allah seperti tidak percaya sahaja seorang pak cik
yg aku kenali telah meninggal dunia pg td. .jenazah telah
selamat dikebumikan tengahari td. .sekejap sahaja beliau telah
pergi meninggalkan alam dunia. Allah. .seperti mimpi !
Mari sama-sama para stalker menghadiahkan
Al-Faatihah kepada beliau
"Pak cik Zahari Salleh , moga Allah tempatkan kamu
bersama para syuhada' dan dari golongan orang-orang
yang soleh. .in shaa" Allah Ameen
Ameen Ameen Ya Rabbal 'Alamin
Hari ni aku nak sentuh sedikit tentang kematian, sesuatu yang pasti
bagi setiap makhluk yang hidup. .mati , tidak mengenal usia atau
pun sesiapa sahaja. .Oleh itu, ayuh kawan2 kita
sentiasa persiapkan diri menghadapinya kerana mungkin
selepas ini giliran kita pula. Teringat sebuah hadis Nabi yang berbunyi :
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang
anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah
jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
dan anak yang
soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Allah. .Allah. .Allahu Rabbi moga kita tergolong dalam orang yang
bersedia menghadapinya kelak. Terasa takut dan gerun apabila
memikirkan amalan yang tidak seberapa. Mampukah kita
menghadapi malaikat Sakratul Maut saat nyawa kita ditarik ???
Ya Allah tenangkan jiwa-jiwa kami dengan zikrullah. HambaMu ini
sangat mengharapkan keampunan dariMu.
Tuhan, moga saat nyawaku dicabut, biarlah zikir
menjadi teman aku di saat itu.
#MogaKeinsafanDanKehinaanDiriSeringMenjelmaDariLubukHati
~mAy AllAh bLess!Ng uS~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)