بسم الله الرحمان الرحيم
Hari ni aku nak share 2 resipi yang tip top punyer
hehehe sebenarnya lauk favourite aku je tuu
KAMPUNG COOKED by My ATOK
Sebenarnya beberapa hari lepas aku balik jenguk atuk and aki
di kampung. .korang kenal tak Rompin, Pahang ?? Ha tuu la
kampungku ter"chenta"
Si atok sangat la rajen memasak , nak2 kalau ramai yang balik
so alang2 aku amek kesempatan la belajar sekali kan
nanti boleh masak sendiri kat umah untuk ibu
A.K.A
latihan untuk menjadi wife my MR.right kan
hahaha ngarut2 je la aku ni
jom belajar masak !!
I
I
I
I
V
Terung Masak Sambal Pedas
Bahan2 yang diperlukan :
Terung
Cili Kering
Bawang Merah + Putih
Asam Jawa
Garam
Gula
Cara2 menyediakan masakan :
Terung dipotong, cili kering, bawang putih dan bawang merah ditumbuk
Terung digoreng sehingga warnanya sedikit berubah
Angkat gorengan , kemudian (cili kering, bawang putih, bawang merah
dan asam jawa) ditumis sehingga lada kelihatan naik minyak
Masukkan terung ke dalam tumisan tadi, masukkan sedikit garam dan gula
Tunggu sehingga 2 minit
Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan2 yang diperlukan :
Ikan Patin
Lada Kecil
Kunyit Hidup
Bawang Merah kecil + Putih
Serai
Bunga Kantan
Daun Kesom
Tempoyak
Cuka + Garam
Cara2 menyediakan masakan :
Ikan patin yang telah disiang dicuci menggunakan cuka + garam
(supaya ikan tidak berbau hanyir)
Lada Kecil, Kunyit Hidup, Bawang Merah Kecil + Putih ,
Serai , Tempoyak ditumbuk
Masukkan ikan patin dan bahan2 yang ditumbuk,
masukkan Bunga kantan dan daun kesom
Masukkan air secukup rasa
Biarkan sehingga 45 minit sehingga ikan masak
Selamat mencuba !!!
Sekian sahaja resipi yang aku dapat dari atok
Hasilnya sangat memuaskan
aku saaayang ATOK hehehe :)
aku saaayang ATOK hehehe :)
#TipsDariChefAmmar,MasakDariHatiMasakWithIman
Suka tak suka tak ?? Mestilah sukaa
~mAy AllAh bLess!Ng uS~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)