بسم الله الرحمان الرحيم
Hari ni aku nak share tentang isu berkaitan jemaah yang aku dapat
daripada Daurah STEP selama dua hari bermula malam kelmarin
sehingga petang tadi. Oke kisahnya bermula begini
-----------------------------------------------------------------------------------
Seorang siswa telah mengajukan soalan ketika LDK
slot شهادة الحق (Penyaksian kebenaran) yang berbunyi :
"Bagaimanakah kita dapat merungkai permasalahan pemilihan jemaah
yang pelbagai untuk seseorang itu menyertai sesebuah jemaah ?
Jawapan yg diberikan oleh moderator mengenai تعدود الجمعه (Ta'addud Jemaah)
yg bermaksud kepelbagaian jemaah diambil daripada sebuah
kitab yg dikarang oleh المودودي (Al-Maududi). Menurut apa yg digariskan
oleh Al-Maududi hanya terdapat 3 pilihan sama ada :
1. Sekiranya kalian bersetuju dengan apa yang telah kami cuba laksanakan
seperti mana yang telah dilaksanakan Nabi Muhammad SAW,
maka kalian sertailah kami (mana2 jemaah) yang ada
namun sekiranya kalian tidak bersetuju dengan jemaah kami, maka
2. Carilah mana-mana jemaah yang lain yang lebih kamu selesa dengannya serta
bagi kalian jemaah tersebut membawa kepada perjuangan sebenar
seperti mana perjuangan yang dibawa Rasulullah SAW
namun jika kalian masih tidak menemui jemaah yang dirasakan benar, maka
3. Createlah suatu jemaah islam seperti yang digariskan Nabi Muhammad SAW
Important Notes :
#Seseorang itu tidak boleh memisahkan diri dari jemaah (masyarakat)
#Pilihlah sesuatu jemaah berdasarkan kefahaman islam yang benar
#Jangan peningkan kepala untuk memilih jemaah mana yg
terbaik kerana itu semua atas kefahaman kalian !
#STOP condemn mane2 jemaah lain kerana MATLAMAT
kita tetap SAMA iaitu untuk mencapai مرضات الله (keredhaan Allah)
tetapi wasilah (jalan) sahaja berbeza
"Sebatang lidi dengan mudah boleh dipatahkan begitu sahaja ,
namun sekiranya terhimpunnya sebilangan batang lidi maka
sukarlah untuk mematahkan lidi tersebut"
----> Maka analoginya, Hidup la dalam JEMAAH yakni bermasyarakat, JANGAN hidup
BERSENDIRIAN kerana sendiri itu membolehkan kamu HANYUT
والله اعلام
~mAy AllAh bLess!Ng uS~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)