Blogger yg spotting !

Sabtu, 5 Jun 2010

tEkAd d! hAt!



Tuhan...

telahku saksikan kekejaman israel,
berlegar-legar di bumi jajahan palestin,
umatmu di sana bertarung nyawa ,
mempertahankan kiblat muslimin yang pertama


Rabbi...
ampunkanlah kami,
sekiranya kemungkaran kami mengundang murkaMu,
janganlah Kau hijab doa-doa kmi,
kami berharap dan merayu padamu ya Rabbi


Ya izzati...
anak-anak kecil berteriakan memanggil ibu-ibu mereka,
bapa-bapa mereka pula dikurung di jel yang mengerunkan,
para mujahidin dan mujahidah terus berjuang memerangi kekejaman mereka,
tapi apakah daya israel laknatullah tidak berperikemanusiaan?


ya Allah...
dasar kemanusiaan telah membuka ruang kami membantu,
segenggam doa dan tawakkal menjadi azimat,
keimanan dan nyawa dipertaruhkan,
namun misi kami turut terganggu???
Wahai israel LAKNATULLAH!!!


hancurlah kalian saat tika datangnya bantuan Allah,
tentera-tenteranya akan memusnahkan kalian,
di saat itu malulah kalian pada Allah,
kami tidak akan sesekali meredhoi kekejaman dan kezaliman yang dilakukan


Wahai umat sedunia!!!
bangkitlah berjihad menolong saudara-saudara di sana,
tegarkah kita berdiam diri tanpa bertindak??
misi kemanusiaan telah ditawan,
apakah tindakan wajar kita selaku manusia??


Berdirinya aku menghunus pena,
kesedaran dan kecintaanku kepada Allah dan Rasul,
akanku turut serta dalam jihad ini,
ku gagahkan langkah dengan pena,
untuk melawan musuh-musuh Allah suatu hari nanti


Akanku bangkit bersama jihad di hati,
membawa kerjaya sebagai seorang peguam bela,
menuntut kembali hak-hak umat islam sedunia,
tidak lupa juga untuk menegakkan DEEN Allah
dalam perlaksanaan hukum hudud seantaro dunia


Duhai umat-umat serta saudaraku di palestin!!!
bersabarlah kalian di sana,
akanku hulurkan tenaga,
membebaskan kalian dari di zalimi,
aku berjanji di atas nama RABBI,Insya Allah...
selasa
1/6/2010
8.48 am
surau al-hidayah
smakl

sharing is caring

Jumaat, 19 Mac 2010

sajak sYEd QUtb saat melangkah ke tali gantung



Saudaraku,
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku dgn air mata
Maka di ats tulangku yg hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjuangan ke gerbang jaya



Suadaraku,
Kematianku adalah suatu pengajaran
Mendapatkan kekasih yg sdg merindu
Taman2 syurgaNya bangga menerimaku
Burung2Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi



Saudaraku,
Puaka kegelapan pasti akn hancur
Dan alam ini akn disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana,fajar sdg memancar

sharing is caring

Sabtu, 13 Februari 2010

sEjAuH mAnA eRt! sYUkUr k!tA kPd ALLaH?




Hayatilah nasyid ni..nescaya akan wujud satu perasaan yg sukar utk digambarkan oleh perkataan kerana hati sahaja yang merasainya..nasyid ini sungguh bermakna dan menjadi kegemaran ana =)


Erti Syukur
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu Alhamdulillah...
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-

Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang

Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia

Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan Segala pemberian
Walau luas lautan Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
Onak duri kehidupan

Jatuh bangun sendirian

Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima

Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya
Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu

Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan
Aku bersyukur Ya Allah

Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-

Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah
Sesungguhnya solatku, Amalku, hidupku, matiku Kerna Allah yang satu Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta KepadaMu Yang Esa

sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...