Blogger yg spotting !

Selasa, 14 Julai 2015

Jenaka si kecil memalam hari :D

بسم الله الرحمان الرحيم

Semalam ada satu kisah lucu yang mencuit hati aku,
si 'baby' ni haaa melawak..baby' ni dua pupu aku,
umurnya baru 3 tahun..
tapi..
petah nau berkata-kata
geram lak aku ngan dia ni

~So, terjadilah dialog kecil antara aku & baby~


Baby : Kak aiman, kak aiman dah besar ke?
Aku : Aah kak aiman dah besar
Baby : Kak aiman gemuk? *muka x bersalah*
Aku : Apa??? *bolatkan mata besau2*

~Di ulangnya soalan kedua tadi berkali-kali~

Aku : Apa?? Abis tu baby x gemuk?
Baby : Baby x gemuk.. *senyum ngan muka x bersalah*
Aku : Abis tu abg (abg si baby) panggil baby gemuk?
Baby : Aah baby dah gemukla.. *sambil pegang perut dia*
Aku : Haaa tau pun..mengata kak aiman ek..
 *dalam hati~pandai si kecik ni*

Baby : Tengok ni..ada baby dalam perut baby..
Aku : *muka terkejut* Ada baby dalam perut baby?
Anak sape? *dalam hati~pepandai je baby ni*
Baby : Anak Khalis Iman.. (cousin dia)

~Aku ulang tanya anak siapa dia tetap cakap anak si Khalis~

Aku : Amboiii..kemaen baby ehh..pandai!
dah berapa bulan? *gelak besar aku*
Baby : Dua.. *sambil tunjukkan jairnya nombor dua*



*Bhahahahahahahahaahahaha*

Gelak besau aku weyy. Ko tengok budak2 sekarang..
Haa kemain ye..pandai je bab2 gitu..
Kecik2 dah tau ada baby bagai..masa aku dulu,
duk main anak patung lagi..wahaha

MORALNYA : 

Ko jaga leklok anak2 kecik zaman sekarang, 
banyak sangat isu anak2 kita hari ni,
 kalau x jaga dari awal ranap lah akhlaknya,
Jangan amik remeh sangat benda2 camni..
Ajar anak2 batas2 pergaulan yang Islam gariskan,
pastu didik dengan didikan Islam & apa yang nabi ajar..
In shaa Allah anak2 tak mudah terpengaruh sebab 
apa2 dorang nak buat akan ada iman yang 
membatasi diri dan akal untuk berfikir dengan baik  

~Sekian :) ~

Tu pun nak citer? Suka hati aku lerr 
*ngeee*

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Sleep with tears

بسم الله الرحمان الرحيم

Today aku nak cerita mengenai mimpi aku..
Haa cuba teka tentang apa? 
Mimpi yang bersangkut paut dengan blog aku ni..
Mak aihh hebat nau sampai termimpi2 lagi..
dah lah bulan2 puasa ni haa..

Tersebut la kisahh...
mimpiku.. 
*baca ala2 syair gittew*
haha merapu merapan je aku ni haa..
Ok then kita sambung..

Macam ni citer dia, one day apabila 
aku nak naik sem baru dan jumpe 
lecturer baru yang mengajar aku pada sem 5..
Masa tu sesi taaruf dengan lecturer aku,
*Puan Z*

Setahu aku la *Pn. Z* ni lembut perwatakan dia,
ada ala2 keibuan gittew tapi kan,
kawan2 ada la duk cakap dia ni "bekeng"
haaa "bekeng" tu apa?
dalam loghat ganu maksudnya
"garang" der

Ye2 jela dia garang..aku rasa x kot,,
nak jadikan cite, masa aku kenalkan diri,
bapak power ayat aku,
 punya puitis bagai..haha
lepas aku dah kenalkan diri,
so turn kawan2 aku lak kenalkan diri..
aku ingat lagi dewan kuliah masa tu penuh giler org,
sampai baris ke belakang

Masa tu kat meja aku duduk tu ada komputer,
so aku gatal2 lak boleh search blog aku..
haaa skali amek kaw!
Kuat bunyi lagu daripada blog aku, 
satu dewan dengar, malu siot aku masa tu!

Pn. Z nengok ajela..
dah tu plak classmate aku yang duduk semeja
ngan aku pun bising..
budak2 lain pun ada yang bising..
matilanak! ~(#.#)~
Lepas aje sorang budak ni ha kenalkan diri,
*Pn.Z* pun datang kt depan sambil bersuara,
"Awak semua kenapa bising sgt? Haa awak,
Ummu Aiman, macam saya x tau awak bukak blog kan? 
Tak sangka saya, first expectation saya
awak ni pelajar yg bagus tapi x sangka 
awak dah hancurkan tanggapan baik saya pada awak! 
Sekarang siapa yang buat hal tadi,
 berdiri sampai selesai taaruf"


Terkedu aku sambil telan air liur, 
terbayang2 lagi la muka Pn.Z masa tu..
sentap bhai ayat dia bagi :'(
Tetiba air mata aku mengalir, hati aku sayu giler
tengah2 tidur tu..
macam peristiwa tu betul2 berlaku
Err yang paling aku seram la sampai sekarang,
takut nau kalau peristiwa ni jadi betul..
Err x nak weyy!! Mintak jauh please!

Aku xnak kecikkan hati lecturer, jauh skali 
nak buat "taik" kat mana2 lecturer,
Aku paling takut hilang keberkatan menuntut ilmu
dengan guru, xnak aku ulang peristiwa sem lepas..
Mungkin xde keberkatan result aku jatuh..
Allahu :'(

Insaf2 lerr Ummu Aiman, please try the best!
Tinggal 2 sem je lagi duk melaka, 
sem 7 dah praktikal, pasni balik la kampung..
Score yang terbaik, kata nak grad 
sebagai student "Ijazah Kelas Pertama" kan
pastu tak moa bayar pinjaman, jadi usaha!!
*Fighting!!*


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Jumaat, 10 Julai 2015

Aku penat! :'(

بسم الله الرحمان الرحيم

Hari ini menjelma lagi, 
membuatkan aku terasa pilu..
Saban hari aku lewatinya,
penuh sabar dan pendam.. 
tapi hari ini datang jua, Allahu :'(

Apabila segala yang terbuku di hati
 dapat dilepaskan jua..
hanya dengan cara ini, 
di sini..sebuah tempat yang damai,
Ya, aku lepaskannya di sini..
di tempat yang menampakkan
 keindahan ciptaan Tuhan,
 dengan melihat pantai & desiran ombak, 
hanya SENDIRI..


Di sinilah tempat yang aku
bakal peroleh ketenangan kembali,
sembuhkan luka yang hadir 
& tempat aku berfikir kembali..

Aku tahu aku tidak sempurna,
 jauh lagi level untuk ke tahap yang dihajati. 
Maafkan aku ibu, maafkan aku..
Mungkin aku bukan seperti yang lain, 
yang dapat memuaskan 
hati orang lain, menjadi yang terbaik..
dengan bisa memenuhi segala kehendakmu..

Aku penat..cukup penat dengan semua..
Tolonglah izinkan aku bernafas, 
jalani hidup sepadan dengan tahap aku..
Aku juga manusia yang perlukan pengertian..
atau aku yang tidak mengerti?

Ku singkapi hari-hari, 
dalam setiap episod hidup,
sepertinya aku masih tidak mengenali,
YA, aku belum lagi mengenali, 
siapa itu AKU..

Yang aku tahu, 
hanya lewatinya hari demi hari,
tidak tahu apa yang ku mahu,
tidak pasti apa arahku,
tidak mengerti diri ini..



Aku penat ya Allah, aku penat!
Pandulah aku, tunjukkanku arah..
Jadikan aku apa adanya, 
yang masih mampu membahagiakan dia,
si dia "IBUKU"
andai ada luka dihatiku kerana dia..
buanglah rasa itu jauh2..
kerana seperti dikatakan olehnya,
"dia ibu, aku anaknya"

Allah..Allah..Allah... :'( 


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Selasa, 30 Jun 2015

Happy 22th birthday dear bestie :)

بسم الله الرحمان الرحيم


This is my beloved bestie ever, 
Nur Adibah Mohd Yusuff :)
In Shaa Allah till jannah. 
Dia umpama adik aku yang selalu ingin 
aku jaga, lindungi, kasihi &
 for sure i will treat her like a princess.

 Hahaha *padahal dia tua lagi dari aku kot*
Adalah dalam 5-6 bulan gituu~

Terlalu banyak kenangan kan dear? 
Salah faham tentang "boy" pun ada. Tapi jenis aku, 
biarlah apa pun jadi, berbanding lelaki,
 aku akan lebih pilih bestie.
 Lelaki tu boleh cari, bestie yg sekepala
mana nak cari woii! 

Tak kisah apa yang jadi, aku sayang sangat dia, 
Aku x minta dia hargai aku 
macam mana aku hargai dia,
cuma aku harap persahabatan kita 
sentiasa dalam redhaNya.
Bukan senang nak kekalkan
 persahabatan seutuh ini, 
banyak yang kami tempuhi. 

Dia yg faham giler2 aku camne, 
aku yg faham giler2 dia camna. 
Konklusinya dua2 giler. *Bhahaha*

Love u much more dear heee. Si dba ni kalau aku
cakap sayang lebih nanti boleh lak dia cakap,
 "Aku bukan lesbian ok?"
*Sengal* 

What ever la dba, janji aku syg sahabat aku.
Btw, Happy birthday dear bestie, moga tumbuh sebagai 
muslimah mukminah yang berguna untuk umat dunia ;)


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Jumaat, 26 Jun 2015

Come Back Home, my beloggy!

بسم الله الرحمان الرحيم

Setelah sekian lamanya tidak menulis, aku kembali lagi! 
Kali ini In shaa Allah akan ku cuba untuk selalu menulis
 dan meluangkan masa yang ada untuk menulis.
Menulis sebenarnya hobi aku bila ada saja masa terluang,
tapi actually aku banyak fikir "apa yang orang akan kata"
dan tak terlepas dengan "what if" bila apa je aku buat or tulis.
Terlalu nak jaga hati orang sehinggakan hati sendiri terluka.
Tak lupa jugak dek kekangan masa dan 
kesibukan menuntut ilmu di IPT. 
Alhamdulillah aku dah nak masuk tahun 3 semester 5
lepas raya nanti. 
Moga segalanya dipermudahkan. Ameen 




By the way, come back aku kali ni aku nak 
buang semua rasa negatif tu. If ada yang tak betul 
dalam catatan aku, sesapa je boleh tegur untuk kebaikan.
Chillax Ummu Aiman! Luahkan aja apa yg
 terbuku di hati dan untuk detik peristiwa yang mungkin
 boleh di manfaatkan oleh orang lain kan?  
Sharing is caring. Ala peduli apa kat orang, 
ni kan hidup aku. Aku yang laluinya dan aku nak cuba 
bukak kepompong yang dah lama 
menutup diri aku dan segala keyakinan diri yang ada. 
Akanku buang KETAKUTAN itu!

So holla my beloggy with new punch line!
Apabila hatiku berbicara :)


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...