Blogger yg spotting !

Rabu, 28 Disember 2011

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

kredit to izat

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Ahad, 25 Disember 2011

Pengorbanan Seorang Isteri Demi Suami Tercinta


Bismillahirrahmanirrahim


Ary ny aq nk share 1 cter. .huhu actually bwu jew ps nangis sbb bce cter ny. .law aq kt tmpt si isteri ny lar. . xtaw lar cmne jdny. .gler pny cdey cter ny. .*s0b s0b* but mmg aq respect "si isteri" yg sungguh s0lehah krn masih m'jaga aib suami lam keadaan yg cmny. .mga aq juga bakal m'jadi isteri yg s0lehah wa musleh. .& sntiasa akn m'jga aib bkal suamiku. .
Ameen Ameen Amen Ya Rabbal 'Alamin

kredit to prince91


 


" Aku terima nikahnya Sumaiyah bte Rahman dengan mas kahwin sebanyak RM 100.00 ringgit tunai..."

Menitis airmata aku bila mendengar akad yang di lafazkan oleh suami ku Airil bin Ahmad.....terasa tenang sekali apabila abang mencium dahi ku....pada hari kita di satukan..abang telah berjanji untuk menjaga saya...setia bersama saya ketika susah dan senang...dan saya juga berjanji untuk menjadi isteri yang solehah serta setia bersama abang....saya bahagia dengan abang dan saya harap abang juga begitu....abang saya sayang abang.....kita berpindah ke rumah yang kita beli bersama....berjanji untuk bersama-sama mengharungi susah senang.....
Abang seorang suami yang baik..tak pernah jemu melayani kerenah saya...saya bahagia bersama abang...saya berjanji untuk menghadiahkan abang cahaya mata..sebab saya tahu abang inginkan anak...tapi abang mungkin belum ada rezeki lagi....abang kata sabar,abang tak kisah...tapi saya tahu abang kecewa...masa terus berlalu dengan pantas...sudah 5 tahun usia perkahwinan kita...masih tiada tanda untuk kita menimang cahaya mata......

Maafkan saya abang...tapi mengapa sejak akhir-akhir nie abang berubah...abang sudah jarang pulang ke rumah awal...kalau awal pun abang akan mengelak untuk bercakap dengan saya..bila saya bertanya..abang marah-marah..apa sebenarnya yang terjadi abang...abang,...sudah 2  3 hari saya pening dan rasa macam tak sedap badan..saya cuba beritahu abang..tapi bila saya cuba berbual dengan abang,abang macam nak tak nak je bercakap dengan saya..jadi saya diamkan diri...

Hari ini saya tak sihat.....masa tu abang tak ada di rumah..abang kata abang nak ke outstation..saya cuba call abang untuk minta izin ke klinik..tapi abang tak jawab call......saya faham....jadi saya pergi ke klinik menaiki bas...abang tahu kenapa??? saya mengandung! gembira nya saya abang..tak sabar nak beritahu berita gembira ni kat abang...lagipun abang hari ni abang kata abang nak balik rumah dan ada something nak beritahu saya..saya pun..nak buat kejutan untuk abang...saya masak semua makanan kegemaran abang...saya tunggu abang balik...


Tak lama lepas tue abang balik..tapi saya pelik bila melihat seorang perempuan yang saya tak kenal berdiri di sebelah abang sambil memaut mesra tangan abang....belum sempat saya bersuara abang terlebih dahulu memperkenalkan siapa sebenar perempuan tue..

Terasa ingin menjerit bila abang tanpa rasa bersalah memberitahu perempuan itu adalah isteri abang...gelap pandangan nie abang...hanya istighfar yang saya ucapkan berulangkali demi untuk menahan sakit di hati ini...abang membawa perempuan yang bernama Atia tu ke bilik kita...saya hanya mampu memandang.....tak terkata saya melihat baju2 saya di campak keluar dari bilik...abang kata tempat saya bukan di situ lagi tetapi di bilik yang lain..sampai hati abang buat saya begini....alasan abang saya tidak mampu membuat abang bahagia dan tak boleh beri zuriat pada abang...


Tapi tahukah suami ku,....di dalam rahim ku sekarang telah tersimpan benih mu yang sedang membesar....saya nekad untuk merahsiakan perkara nie..apa guna saya dan anak ini jika abang sudah ada yang lain untuk membahagiakan abang...sungguh saya berkecil hati,tergamak abang menduakan saya..barulah kini saya mendapat jawapan yang pasti mengapa abang berubah.....hari-hari yang saya jalani di rumah itu seperti berada di dalam neraka...inikah perempuan yang abang pilih untuk hidup abang...

Dia tidak pernah melayan saya dengan baik...bukan layanan seperti raja yangi saya pinta..Cuma hormatilah saya sebagai isteri abang yang pertama..mengapa perlu berpura-pura di hadapan abang...maafkan saya kerna menceritakan sikap isteri abang yang abang sanjung itu..bukan niat untuk mengadu.....jauh sekali memburukkan....saya cuma meluahkan apa yang terbuku di hati....abang...setelah abang menduakan saya....saya mengharapkan sikap abang tidak lagi dingin pada saya..


Tapi...

Rupanya telahan saya silap....abang semakin jauh dari saya....bila saya mahu berbual dengan abang..abang seperti melarikan diri....terkilan sungguh saya abang...seringkali bila abang bergurau dengan Atia di hadapan saya...hanya istighfar yang saya lafazkan...Ya Allah kuat kan lah hati ini....syukurlah abang..anak kita seperti memahami apa yang di lalui oleh ibunya....mujurlah abang masih menjalinkan tanggungjawab abang...terima kasih abang....saya anggap duit nafkah yang abang beri itu untuk anak kita.....

Abang.....saya rindu abang..kata-kata sayang dari abang..abang hina sangatkah saya ni abang....terima kasih abang....


saya tidak sesekali memberitahu ayah dan ibu tentang perkara nie...alhamdulillah....mereka tidak tahu tentang ini lagi.....sudah 4 bulan..bermakna sudah 5 bulan usia kandungan ini...perut saya tidak nampak ketara kerana mungkin pertama kali saya hamil....abang......sayu  hati ini tiap kali melihat abang bergelak ketawa bersama Atia di meja makan..paling membuat saya tersentak..bila saya duduk untuk makan sekali..abang terus berhenti ketawa..saya rindu untuk mendengar ketawa abang bersama saya...apa salah saya???...

Suatu hari...terjawab jua persoalan saya..mengapa abang berubah....abang mesti ingatkan waktu abang menghalau saya dari rumah..waktu tu saya sedang melipat baju..abang tiba-tiba datang memaki hamun saya tanpa sebab..saya terpinga-pinga....apa salah saya..saya terkejut bila abang melemparkan gambar-gambar saya bersama seorang lelaki...saya sendiri tidak mengenali siapa lelaki itu...saya menangis,bersumpah atas nama Allah yang saya tidak berlaku curang dengan abang..tapi apa yang saya dapat hanyalah tamparan abang....sakit abang...tapi lebih sakit lagi hati ini.....abang heret saya keluar...abang buat saya tak ubah seperti binatang..hancur hati ini abang..tergamak abang....abang kata abang tak nak tengok muka saya lagi....puas saya merayu....bersumpah...tapi abang tetap dengan pendirian abang..abang....ini isteri mu abang....anak ini memerlukan ayahnya....


Dalam pekat malam..saya berjalan tanpa arah....saya takut abang....tapi demi anak ini saya kuatkan diri...saya mencari kekuatan....saya pulang ke rumah ayah....ayah dan ibu ada bertanyakan abang..tapi saya katakan abang ada kerja di luar negeri..dan akan menetap lama sedikit di sana..abang jangan risau..tak sesekali saya mengaibkan abang....abang suami saya...seminggu duduk di rumah...saya mencari kerja...saya tak nak bebankan ayah dan ibu walaupun mereka tidak kisah....3 bulan berlalu....

Alhamdullilah....saya berjaya juga menjaga zuriat abang..abang tahu dia semakin membesar...alangkah indah bila abang ada bersama..tapi itu tak mungkin berlaku kan..abang....tak lama lagi zuriat abang akan melihat dunia..ibu dan ayah sudah bertanya mengapa abang tidak menjenguk saya...mereka seperti syak sesuatu dan ia buat saya runsing...saya mengambil cuti bersalin..menunggu hari untuk melahirkan anak ini....


Abang..sungguh saya tidak menyangka abang akan kembali pada saya..malam itu...saya rasa rindu teramat pada abang....malam tu....saya peluk gambar perkahwinan kita....kalau saya tiada...saya mahu abang menjaga anak ini dengan penuh kasih..jangan sesekali abang sakiti dia..kerna hanya dia harta saya dan hadiah untuk abang kerna sudi menjadi suami saya dunia akhirat....malam  tu saya penat sangat..entah kenapa saya tidur awal malam itu..saya terjaga bila terasa ada orang menyentuh perut saya...saya terdengar suara teresak-esak...suara yang cukup saya kenali..yang saya rindui....abang....abang...adakah saya bermimpi....saya pejamkan mata..mendengar abang bersuara..tersentuh hati saya bila mendengar abang meminta maaf sambil tersedu-sedu....

Saya buka mata..saya lihat abang terkejut melihat saya telah sedar dari tidur..abang seperti serba-salah..tanpa sepatah pun perkataan..saya terus memeluk abang....erat melepaskan rindu di hati ini...abang.....syukurlah abang sudah berubah.....terima kasih Ya Allah....abang benar-benar berubah...seminggu abang tidak bekerja..melayan saya bagaikan puteri..terima kasih suami ku...

 " Abang..hari ini..abang sudah mula bekerja...entah mengapa saya rasa akan pergi jauh dari abang..saya peluk erat abang....tengah hari itu...saya ingin pergi ke bilik air mengambil wuduk...saya cuai...saya tersadung di hadapan pintu bilik air..sakit nya abang..Ibu dan ayah bawa saya ke hospital....ayah kata cuba hubungi  abang...tapi tak dapat..mungkin abang sibuk....abang...doktor kata saya alami pendarahan dalaman...saya perlu memilih antara nyawa saya atau nyawa anak kita abang....dan saya memilih untuk nyawa anak kita..maafkan saya abang kerna tidak meminta izin terlebih dahulu membuat keputusan..ayah dan ibu hanya redha....saya faham..mereka sedih..tapi ini yang saya mahukan...abang surat ini saya tulis sebelum saya masuk ke dewan pembedahan...saya ingin meminta maaf,halalkan makan minum saya abang....redha kan saya....ini saja yang saya mampukan hadiah abang sempena ulangtahun perkahwinan kita....mungkin jodoh kita di dunia sampai di sini saja....saya tunggu abang di sana...abang..redhakan saya pergi.....jagalah harta saya ini sebaik mungkin...jadikan dia insan yang berguna abang..abang..abang ingat lagi tak dulu masa sekolah..kita selalu bertukar surat....mungkin ini surat yang terakhir saya untuk abang...saya sayang abang...saya sayang suami saya..saya selalu berdoa..abang bahagia selalu....jaga diri abang..jangan sesali apa yang telah berlaku..kerna ini ada hikmah nya...saya pergi dulu.... "




Salam Sayang,
Isterimu....Sumaiyah..


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Khamis, 22 Disember 2011

juz waithin 4 my bel0ved mum



Bismillahirrahmanirrahim

Actually aq x sbar nk tgu kpulangn ibu terchenta !
Ha , kul 1 nt ibu smpai lar k0wt dr kl. .s0 aq tt0w lmbt cket lar k0wt 



( m0od : pening kpale + l0ya2 nk muntah ) 

aishhh ! jgan pk bkan2 lak. .i'm n0t pregnant oke ? 
aq mmg slu cmny. .mual2 jew asew. .ptg td drive cm owg gler. .
maen terjah jew lubang. .yew lar smcam jew
asew. .nk kta x sht xd lar plak. .urm x p0wn t'lbey mam mkanan 
b'minyak. .k0mpem lar aq cmny. .weekkksss !! asew nk muntah
 jew ny. .ny p0wn taip 4 new p0st tahan2 jew. .tp ny jew lar gejala
 yg slal0o aq alami. .but k0mpem x muntah p0wn nt. .huhu

b'blek pd cter td. .bwu jew td aq dk b'gler2 sms ngn HAWA DALILA. .
law x mnyakat aq x sah ! ad2 jew omelan dy. .hehe
tp 2 lar yg m'ceriakn aq. .hehe ad shbt y slal0o mghiburkn aty. .
cygg nti ketatketat lar awe ! law hang out ngn nti ny mst best an ?

~ ibu cygg calling ~

hamdalah yeay ! ibu da nk dkat smpai. .miss u lar ibu. .
hehe nt nk plukpluk ibu. .yew lar 11 ary tgl aq kt umh. .
b0wink gler xd ibu ! then pg nt mst ibu nk ajk celebrate 
bday aq yg t'tunda ary 2 an ? hehe. .cyggggg ibu ketatketat. .
u're da best mum in da w0rld ! 4ever n eva ! keh3. .kay lar. .
smpai cny jew dlu. .fening kepale w0a !
adi0s ! daaaaaaa. . .


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Isnin, 19 Disember 2011

10 Situasi Lelaki Yang Harus Wanita Fahami




1. Bila Si Dia Sibuk 
 Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.


2. Bila Si Dia Ego
 Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila Si Dia Romantik
  Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila Si Dia Panas Baran
 Jangan membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila Si Dia Penat 
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang  secukupnya dan jangan  memaksa dia membuat sesuatu yang  boleh menambah kepenatan.

6. Bila Si Dia Pentingkan Diri Sendiri
 Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila Si Dia Mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila Si Dia Selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila Si Dia Curang
 Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang  berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila Si Dia Lurus Bendul
 Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang  si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.



~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Lestary Drama Vanilla C0klat

Assalamualaikum. .h0lla everyone !

ary ny aq jenjalan kt bl0g owg ,then t'bce bbrape p'k0ngsian yg mnarik. .
s0 aq nk share kt k0wg. .hehe nmpk cm mnarik jew. .
pew dy ea ?? hehe ala sal lestary kt tb3 jew. .aq pntang tgk owg 
yg b'nma aiman ny. .jd fanatik plak. .haha almaklum l0rr my name. .hehe
prsan gler ! esk ad cter bwu ganti cter "Cinta Ellyssa"
nampk cm best jew an ? nma p0wn "Vanilla C0klat"
my fav 2 ch0c + vanilla. .heheh j0m layan inf0 kt bwah 

i
i
i
i
V


Drama Vanilla Coklat merupakan sebuah drama komedi romantik yang diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe. Drama ini menggandingkan Izara Aishah dan Aiman Hakim Ridza daripada rancangan televisyen realiti “Mentor 5? sebagai peneraju utama. Drama Vanilla Coklat bakal menyusul di slot Lestary TV3 pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam bermula 20 Disember 2011 di TV3.
Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3
Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing-masing.
Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ? Jadi sekiranya anda ingin menetahui kebenarannya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Drama Vanilla Coklat ini yang akan dipaparkan bermula pada setiap hari selasa pukul 9 malam bermula 20 December ini.

my note : huhu ary 2 izara blak0n jd jaat lam cter Sofiyya. .s0 j0m kta tgk cter ny. .agak2 cmne lak watak dy kli ny. . 


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Ahad, 18 Disember 2011

Suaraku berharap. . .LOL !

Bismillahirrahmanirrahim

Actually aq wndu cgt kt sum1 ny. .
ble aq wndu dy aq akn dgar lgu ny. .
law k0wg prsan , lam byak2 list lgu bl0g aq ,
ad lar lgu ny. .urmm i miss him so mucc
tp skg dy dk jauh. .

Aq just b'arap suatu ary nt dy taw 
pew yg aq pndam slame ny kt dy. .
haha. .shhhhhtttt. .just secret in 
my heart !



I miss u l0rr. .mga kam0o sht 
d sne. .hehe. .gdix jew ! huhu
law k0wg ske lgu ny. .
ha , tkan sini love this song larr

Lirik Lagu Hijau Daun Suara (Ku Berharap) Lyrics
di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan


reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu


reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff
suara dengarkanlah aku




~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

5 Tips Memilih Teman Baik



Telah berpesan Nabi Muhammad S.A.W : 
"Seseorang berada di atas agama kawannya."

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: 
“Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah :

1.      Orang yang berakal : 
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya :
 Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3.      Orang yang soleh :
 Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia : 
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5.      Orang yang benar perkataannya : 
 Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.  

Kreadit to 



~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

waaaaa. . .I really hate u !

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah. .gramnyer aq kt "s0wg mamat" ny. .
gram gler ! mnyesal aq pena knal dy ! 
Ya Allah sbarkanlah aty ku ini. . 

I HATE WHO LOVED TO CHEAT  verymuch ! ! 
jgan pena kaw dtg agy lam id0p aq. .
b0d0w jerw asew aq pcaye kt dy slme ny an ??
I HATE U ! HATE U SOo mucc !

my note : 



To all my fwen. .k0wg jgan ske maen an aq !
Aq akn bnci gler kt PNIPU ANTARABANGSA 
"cm knalan aq ny" 

Ya Allah. .h0pe s0 next tyme i'll never 
meet cheaters in my life. .c0z I'M REALLY HATE 
CHEATERS !!!

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Khamis, 15 Disember 2011

Lelaki Paksa Teman Wanita Pakai Cawat Besi





SEORANG lelaki di China dilaporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi yang mempunyai kunci.
Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, He yang berusia 29 tahun itu mula memaksa teman wanitanya yang di kenali sebagai Xiao Tian memakai cawat besi berkunci itu Ogos lalu apabila dia mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Dia kemudiannya menyerang Xiao Tian dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur.
Pada keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari.
Setiap malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya. Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan dan mula menyerang gadis itu.
Dia mengikat tangan dan kaki Xiao Tian dan mengurung wanita itu dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami tekanan mental dalam tempoh dia dikurung.
Pada 23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi “tolong saya” dan mencampakkannya keluar dari tingkap. Ada orang yang berjaya menemui nota itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah He untuk menyelamatkan Xiao Tian dan menahan lelaki itu serta-merta.
Dia disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Daerah Rakyat Qingyang di Chengdu baru-baru ini.

my note : wahwahwah. .mcam2 owg skg kan ? mmg gler2 jew fikiran. .masyaAllah !

~mAy AllAh bLess!Ng uS~


sharing is caring

Selasa, 13 Disember 2011

my sweet 18. .n0t bad !

Bismillahirrahmanirrahim

Hye sume !  :) pew kb0w ea ? urm actually 12 dec 
adalah tarikh lahir aq. .but taun ny xd yg special sgt c0z ibu aq xd 
kt umah. .ibu g sarawak + brunei + negeri 9 f0r her w0rks. .
11 ary xd kt umh. .huhu x besh ! s0 xd lar nk celebrate & hang out
wid my bel0ved mum bday kli ny. .i miss u mum. .huhu ( cdey lar )


h0wever , bley tahan lar jgak. .ad sya fisy0k & tqah yg 
tman aq. .hehe smlm tt0w kul 3 am. .dk tgk cter mete0r garden
ngn sya c0z smlm aq tt0w umh dy. .

Then ary ny aq bkak fb byak gler wish drp kwan2. .
t'msuk lar yg wish kt f0n. .thanks yew sume ! l0ve u all l0rr. .hehe 
yg specialnya sahabat aq yg fly g mesir p0wn antr mcg. .
dy wish gne n0 mesir. .subhanallah ! t'haru aq. .
thanks very mucc yew utk sume d0a kalian :)

Ptg td aq g umh pgasuh aq. .wndu lak kt bby 
Ahnaf cygg. .hehe lme "al0ng " x jnguk ahnaf an ?
t'ubat wndu "al0ng" kt ahnaf td. .hehe 





eii chumelnya dy. .cygg ahnaf !

Then mlm ny aq nk gunakan kmudahan yg diperolehi. .
pew agy ? begayut sakan l0rr. .but aq nk cal 
"owg2 t'cygg" dr n0 mxs dlu c0z mxs free cal ary ny
jew. .esk nk kc0w adk agkt aq "atin". .hehe
mula2 cal my fmly kt r0mpin ( cik aak , at0k & aki )
then k.dila ( cik aak's gf ) , my bff alif , dearest 
sys k.nurcda dll. .huhu x larat nk sbt. .

Ps blek drp antr adk2 sya & amek tqah , g jata trading 
plak lar nk bli mee cintan utk msak. .almaklum lar pw0t 
da b'ker0ngc0ng. .then yg jd chefnya "sya fisy0k" lar. .
thanks my dear bff. .best gler kaw msak. .wlaup0wn 
hnya mee cintan kari + ayam. .huhu



kaw gituu~~

da licin da~~



my note :

 miss my mum s0o muc + my 1st bday ibu 
xd. .s0 x meriah mane nk celebrate bday. .
but n0t bad lar c0z ad jgak owg yg bley tman aq. .

Hadiah ? sapesape yg baek aty nk bg bley bg 
kt aq yew. .hehe xd lar. .aq x kesa bab2 adiah ny. .
yg pntng tyme bday aq 2 ad owg2 t'cygg di sisi aq. .
But my mum ckp tgu adiah dr sarawak + brunei !
hehe x sbar nk celebrate ngn ibu 22hb ny. .

m0od t0day : happy + sad

Happy Birthday t0 my own self !


( ny kek taun lepas drp ibu )

mOga cAtatAn !n! bErMnfAat kPd sUmEw :) ~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Sabtu, 10 Disember 2011

OST Biar Mimpi Sampai Ke Bintang


Lirik Lagu Seventeen Untuk Mencintaimu

Apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu

Apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku


reff:

karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah 
dan takkan berhenti mencintaimu

ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku
hanya untukmu


repeat reff

seumur hidupku, setulus hatiku
ooohhhh


note : wahwah. .x sbar nk tgk cter ny kt astr0 ria
22hb dec 2011 ny. .lak0nan mant0p 
RANDY PANGGALILA & ALFIRA LOY
s0, kpd sume peminat sinetr0n j0m kta tgk !
malaysia vs indonesia
in "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"



mOga cAtatAn !n! bErMnfAat kPd sUmEw :) ~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...