Blogger yg spotting !

Isnin, 19 Disember 2011

10 Situasi Lelaki Yang Harus Wanita Fahami




1. Bila Si Dia Sibuk 
 Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.


2. Bila Si Dia Ego
 Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila Si Dia Romantik
  Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila Si Dia Panas Baran
 Jangan membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila Si Dia Penat 
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang  secukupnya dan jangan  memaksa dia membuat sesuatu yang  boleh menambah kepenatan.

6. Bila Si Dia Pentingkan Diri Sendiri
 Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila Si Dia Mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila Si Dia Selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila Si Dia Curang
 Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang  berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila Si Dia Lurus Bendul
 Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang  si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.



~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

1 ulasan:

hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...