Blogger yg spotting !

Sabtu, 26 Disember 2009

"yA ALLaH, j!kA........"



Ya Allah, jika aku jatuh cinta..

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu

Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin



Jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya berpaut padaMu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya



Ya Rabbana, jika aku jatuh hati

jagalah hatiku padanya,

Agar tidak berpaling daripada hatiMu..



Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,

Rindukanlah pada seseorang yang yang merindui syahid dijalanMu...



Ya Allah, jika aku menikmati cinta keksihMu

janganlah kenikmatan itu

Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu



Ya Allah,

Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan

Terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepadaMu...



Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu

Jangan biarkan aku melampaui batas,

Sehingga melupakan aku pada cinta Hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,

Amin...


sharing is caring

Khamis, 24 Disember 2009

yA aLLAh,atY kUwh !Ng!n mEnAnG!$...



Knape..?Knape..?Dan knape..?Aku sering diulit kelalaian tika aku dibiarkan bebas ke sebuah taman,tempat yang penuh dgn jalanan duri..sungguh indah jika menampakkannya di mata kasar,namun sungguh azab bg hati2 yg MENCINTAI TUHANNYA..ya,aku hampir kalah dgn cbaran dunia..ckup menyeksa batinku tika aku terpaksa utk berlawan dgn nafsuku...nafsu yg rakus dan sntiasa mahukn santapan yg enak2 namun apabila ditelan hanya duri yg melekat dan tersisa dalam diri..



TUHAN,knapa ini bisa terjadi pd diriku yg sering lemah,hina dan alpa??? Bisakah aku menghadapinya tanpa kekuatan dariMU..??
Tuhan,imanku seperti lalang...apabila ia bertiup kearah kebaikan,aku terjurus ke situ..dan sekiranya ia bertiup kearah kehancuran,aku juga terjurus ke lembah hina.. Berdosakah aku sekiranya aku mempunyai iman seperti ini.? mengapa sukar utkku ISTIQOMAH mengislah diri ke jln yg Engkau REDHAI..??



Atau mungkinkah hatiku tidak berubah secara total kerana kurangnya ikhlas dan penghayatan islam dalam dosa2 semalam..??
Ya,mungkin itu jawapannya..jawapan yg sering aku fikirkan..aku kurang menghayati islam,kurang keikhlasan diri namun apakah ubat dari segala kesulitan ini..?? Aku bingung...aku buntu memikirkan cara terbaik utkku mengislah dan terus ISTIQOMAH dgnnya..



Siapa yg bisa membantuku.?? Aku juga sering dilanda kesedihan di kala aku keseorangan,aku tidak mengerti kenapa aku bisa merasakan ini...sunyi,sedih, keseorangan serta merindui sesuatu yg aku tidak pasti apakah ia..?? Aku seakan-akan terkapai sendirian,dan aku akui setelah buku La Tahzan juga the holy quran menjadi santapanku,kesemua yg aku lalui itu hilang...hilang seperti perginya sang bulan apabila munculnya matahari yg menerangi alam..aku butuh kekuatan,yg mungkin ada pada kalian yg membaca blog ini..dan aku sgt menghargainya sekiranya aku kembali dipinjamkan kekuatan yg mungkin Allah jadikan seseorang yg hebat sbg wasilah utkku peroleh sumber kekuatan itu..



Kadang2 aku seperti berada di dalam sebuah dilema yg pjg...penat aku memikirkan wasilah manakah yg perlu aku turuti,sedangkan aku mengetahui jawapannya tetapi aku masih tidak mempunyai kekuatan itu,sehinggakan apabila aku dinasihati,aku seperti keladi yg disimbah air...hanya mampu bertahan utk seketika..knape itu berlaku ya Allah..?? Fikiranku juga sempat ligat memikir,adakah aku akn menjadi penyebab jatuhnya ISLAM dgn keadaanku ini.??Nauzubillahi min Zalik...bkn itu yg ku pinta namun aku masih mengharapkan agar hati ini sering tetap dan tidak akn berbolak-balik utk mengagungi Rabb yg wahid...



Aku juga memerlukan teman,yg bisa memngingatkan aku akn kematian,hari akhirat yg nyata dan juga AZAB SEKSAAN TUHAN terhadap setiap inci dosa yg pernah aku lakukan, dan utk ini juga,aku sgt berterima kasih kepada ibuku yg tercinta,Puan Wan Norisah Bt Musa dan juga teman2 seperjuangan serta Murabbi2 yg sgt berjasa kerana telah mendidik diri ini agar terus bertahan sehingga kini..terima kasih di atas sokongan dan bimbingan kalian,uhibbukum fillah abadan abada lillahi taala...moga2 dgn jasa kalian ini bisa membawa pahala ke syurga firdausi nan abadi...

sharing is caring

Isnin, 21 Disember 2009

hAt!..??




Bercakap pasal ujian diri ni kalau di ikutkan memang banyak..lebih2 lagi bagi seorang remaja yg sedang melalui arus perubahan utk matang ke arah dewasa..mcm org lain juga,ana sendiri mengalaminya,bak kata org.."hidup ini penuh dgn asam garam kehidupan,sape yg berjaya melalui dgn baik boleh dikira sbg org yg berjaya..mungkin..!?

Hurm..kadang2 orang fikir hidup ni senang aje..mkn,tidur,bljr,lalui hari2 yg berikutnya dgn benda sama tp betul ke semua tu.? Sebagai seorang muslim sewajarnya mengetahui akan matlamat asalnya diciptakan,apa yg hendak dicapai dan mcm mana nk baiki diri supaya menjadi lebih baik..cam ana sendiri,banyak ujiannya...huh!!

Ujian2 yg selalu dihadapi remaja sekarang :
1.Masalah akidah dan hati
2.Ikut kawan
3.Merempit
4.Pergaulan bebas
5.Kurang ilmu agama
6.Malas
7.Couple
8.Lalai
9.Kurang penghayatan islam
10.Ikut nafsu
dan lain2 lagi lar

Antara banyak2 masalah kat atas tu,kenapa ana tulis masalah akidah dan hati yg paling ats sekali.? Sbbnya memang itu masalah utama setiap individu sekarang..
Akidah jadi tak betul sebab faktor2 yg cukup membuatkan kita hilang sepenuh tawakkal kepada Allah...x percaya?? meh nak bg cth...cth terdekat lar:

"Adik,kalau adik tak nak teman akk pergi(bla3x)........ha,nanti ada hantu kat tepi adik"

ayat2 camtu da besa da dengar,kadang2 bkn kakak ngan abg jew yg cakap camtu..mak ayh sendiri pown nk takut2kan anak2 diorang dgn benda2 camtu..kalau dari kecik seseorang tu dididik takutkan benda lain selain Allah,bila da besar? camne agaknya?Sampaikan semua tu da jadi kebiasaan dlm diri..tu la nak katakan masalah akidah..selain tu jugak,kalau kita lewatkan solat pown kira ada masalah akidah..kenapa nak lewatkan solat kalau da dgr azan.? Allah memanggil kita dgn menyebut...

"Marilah kita menuju kearah kejayaan..."

Jadi...kalau kita tak sahut dgn segera bermakna..? ha,da bermaksud kita tak nak berjaya lar tu...betul x? Same2 lar kita cek diri k..ana pown x sempurna tp setakat nak berkongsi dan memperbaiki diri,insyaAllah...tp masalah hati plak camne.? Hati adalah raja ciptaan Allah dlm diri kita..hati berfungsi sbg penggerak tindakan..sbb kalau baiknya hati,maka baiklah semua anggota kita..kalau dkt sek0lah ana,selalu ada yg memperingatkan.."jaga hati.." Dengan peringatan tu lar yg membuatkan kita tak leka,ada yg sudi ingatkan kita..

Masalah hati kalau tak diri sendiri cuba utk memperbaikinya dan mengigatkan ia kpd pencipta,maka hilanglah nilai kemanisan iman yg dpt dirasai oleh hati kita..
so,sekarang kita kenalah sama2 menyeru pd hati kita utk sentiasa mengingatkan diri kpd Sang Pencipta,Rabb yg Teragung,iaitu Allahu Azza Wajalla.. =)


sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...