Blogger yg spotting !

Selasa, 31 Disember 2013

Azam tahun baru 2014

بسم الله الرحمان الرحيم

Saat waktu berdetik, 
aku menaruh harap
agar sebuah impian 
 setiap azam dapat dipenuhi,
sedikit demi sedikit 
tapi biarla semuanya berjalan 
sesuai kehendakMu
يا الله

Moga 2014
 membuka helaian terindah buatku,
Moga setiap episodenya 
ku lalui dengan
sepenuh ketabahan & kesabaran
walau setiap episodenye mungkin 
pahit,
manis,
suka,
duka

tapi yakinlah duhai HATI
kau tetap punya 
الله 
tuhan yg sentiasa 
akan memeluk HATIMU
selalu

BERHARAPLAH
BERGANTUNGLAH
MENGADULAH
MENGEMISLAH
dariNya 

والله اعلام

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Ahad, 24 November 2013

Warden2 sementara SMAKL

بسم الله الرحمان الرحيم

 







#Momento menjadi warden ganti selama 2 hari
menjaga adik2 SPM SMA Kg Laut, K.Terengganu
our beloved school forever

Kami bersahabat sejak 2006 until now!
Sahabat sampai mati, ukhwah fillah til jannah 

In Shaa Allah :)

To Generation 4th SMAKL yang lain, 
kami merindui kalian ---> kapan bisa kumpul lagi ?

#MogaKitaBisaBerkumpulLagiSemuanya

امين يا رب العالمين

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Nasi Goreng Kari my own MADE

بسم الله الرحمان الرحيم

Toturial hari ni nak bagi resipi yang aku reka 
sendiri, so main campak aje la dalam masakan tu
kalau korang nak try buat sendiri pun boleh
dan sangat2 dialu-alukan :)


Bahan2 yang diperlukan :

1 ulas  bawang besar + 3 ulas bawang putih
1 biji kentang yang dipotong dadu
Sedikit ikan bilis (ikut suka la banyak mana)
Lobak merah yang diparut (kuantiti atas korang)
Seketul ayam dibahagian isi (aku suka buat 
Isi ayam kalau nasi goreng)
Perencah kari babas (this my fav perencah curry)
Garam + gula secukup rasa


Cara2 menyediakan :

Bawang besar + putih diblend 
Gorengkan kentang yang dipotong dadu
Masukkan bahan yang diblend tadi kemudian tumiskan
Masukkan ikan bilis dan isi ayam
Kemudian perencah kari dimasukkan bersama sedikit garam
dan gula kemudian masukkan sedikit air 
(semangkuk kecil air sahaja)
Akhir sekali goreng nasi sehingga masak 


Hasilnya :





#MasakDariHati,MasakWithIman

pesanan penaja
 nak sedap lagi guna rencah selawat & zikir2 

sekian sahaja resipi dari aku TQ :)

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Jumaat, 15 November 2013

Pertelingkahan tentang jemaah ? Sedikit Penjelasan

بسم الله الرحمان الرحيم

Hari ni aku nak share tentang isu berkaitan jemaah yang aku dapat 
daripada Daurah STEP selama dua hari bermula malam kelmarin
sehingga petang tadi. Oke kisahnya bermula begini

-----------------------------------------------------------------------------------

Seorang siswa telah mengajukan soalan ketika LDK
slot  شهادة الحق (Penyaksian kebenaran) yang berbunyi :

"Bagaimanakah kita dapat merungkai permasalahan pemilihan jemaah 
yang pelbagai untuk seseorang itu menyertai sesebuah jemaah ?

Jawapan yg diberikan oleh moderator mengenai تعدود الجمعه (Ta'addud Jemaah) 
yg bermaksud kepelbagaian jemaah diambil daripada sebuah 
kitab yg dikarang oleh المودودي (Al-Maududi). Menurut apa yg digariskan 
oleh Al-Maududi hanya terdapat 3 pilihan sama ada :

1. Sekiranya kalian bersetuju dengan apa yang telah kami cuba laksanakan 
seperti  mana yang telah dilaksanakan Nabi Muhammad SAW, 
 maka kalian sertailah kami (mana2 jemaah) yang ada

namun sekiranya kalian tidak bersetuju dengan jemaah kami, maka

2. Carilah mana-mana jemaah yang lain yang lebih kamu selesa dengannya serta 
bagi kalian jemaah tersebut membawa kepada perjuangan sebenar
seperti mana perjuangan yang dibawa Rasulullah SAW

namun jika kalian masih tidak menemui jemaah yang dirasakan benar, maka

3. Createlah suatu jemaah islam seperti yang digariskan Nabi Muhammad SAW


Important Notes  :

#Seseorang itu tidak boleh memisahkan diri dari jemaah (masyarakat)
#Pilihlah sesuatu jemaah berdasarkan kefahaman islam yang benar
#Jangan peningkan kepala untuk memilih jemaah mana yg
 terbaik kerana itu semua atas kefahaman kalian !
#STOP condemn mane2 jemaah lain kerana MATLAMAT 
kita tetap SAMA iaitu untuk mencapai مرضات الله (keredhaan Allah)
 tetapi wasilah (jalan) sahaja berbeza


"Sebatang lidi dengan mudah boleh dipatahkan begitu sahaja ,
namun sekiranya terhimpunnya sebilangan batang lidi maka 
sukarlah untuk mematahkan lidi tersebut"


----> Maka analoginya, Hidup la dalam JEMAAH yakni bermasyarakat, JANGAN hidup
BERSENDIRIAN kerana sendiri itu membolehkan kamu HANYUT

والله اعلام 


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Isnin, 11 November 2013

Telur Dadar Special by my mum

بسم الله الرحمان الرحيم

Ha, korang nk tak cuba resepi from my mum ? 
Telur dadar special jew. .simple but delicious

Jom cuba !

Bahan2 yang diperlukan :

Daun Kucai
Lada Benggala
1 biji Bawang Besar
2@3 biji Telur
1 Sudu Minyak Zaitun


Cara2 menyediakan :

Daun kucai , lada benggala & bawang dipotong dadu
Gaulkan bahan2 yg dipotong dengan telur & 
masukkan minyak zaitun sehingga sebati
Campurkan sedikit garam + gula
Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun
Goreng telur sehingga masak

&
hasilnya taraaaaa :)










Tah lah nape mood asyik nak post tentang resipi 
jew sejak dua menjak ni. .heee tak pe share kan

pesanan dari penaja

#MasakDariHatiMasakWithIman

sekian sahaja


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Khamis, 7 November 2013

Latihan Menjadi Wifyy. .Yeeeaaahaa :)

بسم الله الرحمان الرحيم

Hari ni aku nak share 2 resipi yang tip top punyer
hehehe sebenarnya lauk favourite aku je tuu
KAMPUNG COOKED by My ATOK

Sebenarnya beberapa hari lepas aku balik jenguk atuk and aki 
di kampung. .korang kenal tak Rompin, Pahang ?? Ha tuu la 
kampungku ter"chenta"

Si atok sangat la rajen memasak , nak2 kalau ramai yang balik
so alang2 aku amek kesempatan la belajar sekali kan
nanti boleh masak sendiri kat umah untuk ibu
A.K.A
latihan untuk menjadi wife my MR.right kan
hahaha ngarut2 je la aku ni 

jom belajar masak !!

I
I
I
I
V

Terung Masak Sambal Pedas

Bahan2 yang diperlukan :

Terung
Cili Kering
Bawang Merah + Putih
Asam Jawa
Garam
Gula

Cara2 menyediakan masakan :

Terung dipotong, cili kering, bawang putih dan bawang merah ditumbuk
Terung digoreng sehingga warnanya sedikit berubah
Angkat gorengan , kemudian (cili kering, bawang putih, bawang merah
 dan asam jawa) ditumis sehingga lada kelihatan naik minyak
Masukkan terung ke dalam tumisan tadi, masukkan sedikit garam dan gula
Tunggu sehingga 2 minit







Ikan Patin Masak Tempoyak 

Bahan2 yang diperlukan :

Ikan Patin
Lada Kecil
Kunyit Hidup 
Bawang Merah kecil + Putih
Serai
Bunga Kantan
Daun Kesom
Tempoyak
Cuka + Garam 

Cara2 menyediakan masakan :

Ikan patin yang telah disiang dicuci menggunakan cuka + garam 
(supaya ikan tidak berbau hanyir)
Lada Kecil, Kunyit Hidup, Bawang Merah Kecil + Putih ,
 Serai , Tempoyak ditumbuk
Masukkan ikan patin dan bahan2 yang ditumbuk, 
masukkan Bunga kantan dan daun kesom
Masukkan air secukup rasa
Biarkan sehingga 45 minit sehingga ikan masak 









Selamat mencuba !!!
Sekian sahaja resipi yang aku dapat dari atok
Hasilnya sangat memuaskan 
aku saaayang ATOK hehehe :) 

#TipsDariChefAmmar,MasakDariHatiMasakWithIman

Suka tak suka tak ?? Mestilah sukaa


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Rabu, 30 Oktober 2013

MATI itu suatu yang PASTI

Bismillahirrahmanirrahim

Innalillahi wainna ilaihiraajiuun

 Ya Allah seperti tidak percaya sahaja seorang pak cik 
yg aku kenali telah meninggal dunia pg td. .jenazah telah
selamat dikebumikan tengahari td. .sekejap sahaja beliau telah 
pergi meninggalkan alam dunia. Allah. .seperti mimpi !
Mari sama-sama para stalker menghadiahkan 
Al-Faatihah kepada beliau

"Pak cik Zahari Salleh , moga Allah tempatkan kamu 
bersama para syuhada' dan dari golongan orang-orang 
yang soleh. .in shaa" Allah Ameen
 Ameen Ameen Ya Rabbal 'Alamin

Hari ni aku nak sentuh sedikit tentang kematian, sesuatu yang pasti 
bagi setiap makhluk yang hidup. .mati , tidak mengenal usia atau 
pun sesiapa sahaja. .Oleh itu, ayuh kawan2 kita
 sentiasa persiapkan diri menghadapinya kerana mungkin 
selepas ini giliran kita pula. Teringat sebuah hadis Nabi yang berbunyi :
 
 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
 "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara 
iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
 dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."  
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Allah. .Allah. .Allahu Rabbi moga kita tergolong dalam orang yang
bersedia menghadapinya kelak. Terasa takut dan gerun apabila
memikirkan amalan yang tidak seberapa. Mampukah kita
menghadapi malaikat Sakratul Maut saat nyawa kita ditarik ???

Ya Allah tenangkan jiwa-jiwa kami dengan zikrullah. HambaMu ini 
sangat mengharapkan keampunan dariMu. 

Tuhan, moga saat nyawaku dicabut, biarlah zikir 
menjadi teman aku di saat itu. 


#MogaKeinsafanDanKehinaanDiriSeringMenjelmaDariLubukHati

~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Selasa, 29 Oktober 2013

Sem Break Comingg babehh :)

Bismillahirrahmanirrahim

Rasenye dah sangat bersawang belog kesayanganku nihh. .
Almost 7 month tak update sebarang berita, huhu 
Actually aku dah bergelar mahasiswi, KUIM di Melaka



Pic Mula2 dtg KUIM dan Fakulti aku,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial

jauhkan aku merantau ? Gara2 nak carixx pengalaman kat 
tempat orang kan. .Pelbagai episode suka duka aku tempoh 
selama 4 bulan di sana dari 3 Jun 2013 until 27 Oktober 2013
and now
SEMESTER BREAK begin !!! 



Alhamdulillah sudahh tamat sem 1
Next December dah sem 2, oppss lupa plak nk 
citer kos ape aku amek. .Aku dapat kos 
Ijazah Sarjana Muda Psikologi (kepujian)
kos yg sangat aku minat but not bad la
 cuma kena struggle lebihh. .hopefully result final exam 
baru2 ni sume oke. .kesian my mum
 bertungkus lumus carixx duet bayarkan fee

Cuti yang sekitar 6 weeks ni aku banyak 
sangat perancangan. .kalau boleh tak nak la bazirkan 
masa buat benda tak berfaedah kan
so Ummu Aiman make a move !!


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Khamis, 14 Mac 2013

Suami Aku Ustaz


Bismillahirrahmanirrahim

Terkejut x bace tajuk tuu ? Hehe saje jew la buat suspen. .
actually tuu tajuk sebuah novel yg dalam proses aku baca sekarang. .
sekadar satu perkongsian la dengan sesiapa yg singgah sini. .
menarik sangat novel tuu then sangat la kena dengan jiwa aku. .
#ehh ehh jangan salah faham dulu oke ?

I mean cara penyampaian novel yg agak santai ala2
agak nakal tuu sangat la padan dengan diri aku ni haa. .
hmm meskipun novel tuu xde la sangat islamik macam
karya kak Fatimah Syarha , tapi aku salute la
kak Hannah Dhaniyah sebab dia pandai selitkan
babak islamik dalam tuu. .

#terbaik punya novel !


Actually aku tau novel ni pun daripada junior aku ,
Habibah Naemah yang ada post status tentang novel tuu. .
setelah sekian lama berhajat akhirnya terbeli dan terjumpa jugak
aku akan novel tersebut. .haha skema punya ayat
 biasanya novel setebal 583 muka surat aku boleh habiskan
dalam masa satu hari jew tapi keja punya pasal asyik postpone jew. .
xpew2 malam ni aku pulun bace sampai habis sebab esok cuti. .

#Alhamdulillah :)

Disebalik bace novel tuu hari ni masa tunggu ibu kat opis dia untuk amek
dia balik keja , sempat lagi title suami aku ustaz bertukar jadi
"SUAMI AKU ENGINEER"
aduihh kena usik pulak dengan rakan sekerja ibu. .
katanya kenape bace buku suami aku ustaz ?
patutnya bace buku suami aku engineer. .

#Haha mengarut saje. .tapi kalau masin mulut ? huhu x tau la

Hmm tapi kan , best sangat novel dia. .best la dapat suami
yang sentiasa bicaranya penuh dengan nasihat yg berhikmah. .
Sweet laa. .hehe mood gatal pulak tetibe bwekk

#Ya Allah , SOLEHAHkan la aku ! supaya
si dia dapat menerima aku apa adanya sebagai peneman hidup dia

siapa ?

#Wallahu a'lam



Untuk pengetahuan umum. .cewahh pandai la sangat aku ni. .
BFF aku , Adibah pergi la pesta buku dekat KL hari tuu ,
then dia cakap novel ni akan ditayangkan dalam bentuk drama
di tv3. .nak tahu sape berlakon ? semestinya hero malaya
yg diminati my mum. .ADY PUTRA. .huhu mesti
jadi watak ustaz hafiz punya dalam novel tuu. .
by the way , x sabar nk tengok drama dia law ada la



~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Rabu, 6 Mac 2013

Hati-hati menjaga HATI

Bismillahirrahmanirrahim

Hmm rasenye dah lame hati aku cmni. .rse kosong. .x diisi dgn kalamullah
tak tahu kenapa payah sgt nak bace "Al-Quran" macam dulu. .

#SedihSangat2Lahh

Aku tak nak hati aku camni. .tapi tak ada org dapat tolong

#Tuhan , sakit sgt hatiku ni !! Bantulah dgn mengisi segala kekosongan 
dihati ini. .tolonglah ya Allah. .aku merayu



Teringat pulak dgn sepotong ayat sahabat aku di fb yg
berbunyi "hati2 menjaga HATI" 
ya , kena hati2 menjaga sekeping hati. .
rasanya hatiku cukup kotor saat ini . .
moga aku diberi kekuatan utk menangani hati yg kosong ini

Sudah terlalu lama rasanya pergelutan batinku dgn hati
Sungguh demi Allah , perit sgt rasanya kekosongan hati !!

#Ya Allah , kembalikan hatiku kembali. .agar kecintaanku & ketaatanku
penuh hanya padaMu. .




my note :

 "Kotornya hati seorang da'ie tidak membolehkan da'ie tersebut 
berkata2 sesuatu yg hikmah meskipun sebaris peringatan buat dirinya sendiri"


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Khamis, 21 Februari 2013

My 1st day working


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum. .

Hmm lame kan x dengar cite ? Tuu la sibuk sgt. .
yew la sgt sibuk tuu. .anyways setelah beberapa kali
memohon keja akhirnya sangkut jugak. .
then hari ni 1st day la

Keja apa agak2 korang ??
Ala keja cikgu pasti jew. .mklumla kena  blaja2
jaga budak. .selain jaga si ahnaf my pengasuh
punya cucu yg noty2 tuu kena la pandai
handle budak2 lain jugakkan ?



actually best jugak jd cikgu ni. .haha dapat
title "CIKGU UMMU" dah aq ni
tp best tuu law mgajar budak pra-sekolah jew la. .
sebab nakal2 dorang , xd sepening jga
si baby besar umo belasan taun

Mula2 kn aq mgajar budak2 bace bm. .
lepas praktikal solat dhuha , budak2 tuu
kena terap tangan dorang. .akhirnye
"CIKGU UMMU" yg tlg terapkan sbb budak2
x reti. .alahai comeyy sgt la dorang tuu. .
#GeramSihh!!

Then msa mgajar buku peribadi muslim
akhirnya "CIKGU UMMU" sekali lg tlg colour
buku budak sbb lambat sgt mewarna. .
budak2 ni pndai colour semua
gmbar dgan 1 warna jew. .
#AlamakAihh

Aduii merapu jew banyak. .actually ibu xd ,
mlm ni tdo sorang kt umah. .ibu g mersing
then balik hari sbtuu. .papew pon
mga Allah jaga & pelihara la
Ameen. .

#SonokTawJadiCikguPasti !!

----> SebabBalekKejaKul12.30Jew

hukhukhuk


~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...