Blogger yg spotting !

Ahad, 18 Disember 2011

5 Tips Memilih Teman Baik



Telah berpesan Nabi Muhammad S.A.W : 
"Seseorang berada di atas agama kawannya."

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: 
“Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah :

1.      Orang yang berakal : 
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya :
 Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3.      Orang yang soleh :
 Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia : 
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5.      Orang yang benar perkataannya : 
 Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.  

Kreadit to 



~mAy AllAh bLess!Ng uS~

sharing is caring

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hArAp kAL!An sUd! m'bR! p'IngAtn kPd dR! iN! (^.^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...